UM-ECO-2609
Pakej Umrah Eco Plus
Penerbangan terus dengan pilihan hotel dan Haramain Speed Train.
Terma Dan Syarat:
- Setiap pengembara perseorangan (pengembara perseorangan atau free independent traveller [FIT]) dan/atau pengembara berkumpulan (pengembara berkumpulan) yang ingin membuat langganan pakej umrah adalah dinasihatkan supaya membaca dengan teliti TERMA DAN SYARAT: PAKEJ UMRAH (Terma dan Syarat ini sebelum bersetuju untuk melanggani pakej umrah yang ditawarkan oleh As Salik Travel & Tour Sdn Bhd.
- Sebaik
sahaja Pelanggan membayar wang pendahuluan (deposit) dan/atau menandatangani
persetujuan untuk melanggani pakej umrah yang ditawarkan Syarikat, maka dengan
itu Pelanggan telah terikat melalui kontrak dengan Syarikat dan dianggap telah
membaca dan bersetuju dengan semua Terma dan Syarat ini
Wang
Pendahuluan (Deposit):
Wang
pendahuluan (deposit) adalah sebanyak RM 500.00 (Ringgit Malaysia: LIMA RATUS
Sahaja) bagi setiap orang mesti dibayar sebagai fi penempahan. Pembayaran
deposit boleh dibuat oleh Pelanggan secara penuh sewaktu Pelanggan mendaftar
dengan pihak Syarikat bagi langganan pakej umrah atau melalui kaedah seperti
berikut:
- RM 500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) hendaklah dibayar oleh Pelanggan kepada Syarikat dalam tempoh tujuh (7) hari selepas pembayaran oleh Pelanggan seperti yang dinyatakan dalam fasal di atas.
- Baki pembayaran (bayaran penuh) hendaklah dijelaskan dalam masa empat puluh lima (45) hari sebelum tarikh penerbangan. Kegagalan mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan dan perlucutan deposit.
Termasuk dalam pakej
- Penerbangan terus
- Penginapan hotel
- Ziarah Taif, Mekah dan Madinah
- Haramain Speed Train
- Visa Umrah/pelancong
- Kelengkapan Umrah


